Maka berlakulah apa yang dinamakan "Kemelut Politik Perak" dengan berjayanya UMNO/BN menobatkan calon pilihannya sebagai Menteri Besar Perak.
Kekecohan dan pertempuran seperti yang berlaku di Masjid Ubudiah semalam telah dapat dielakkan dari berlaku sekiranya Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menerima persembahan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak, atau setidak-tidak menerima mengadap rakyat yang ingin menemui baginda selepas Solat Jumaat di Istana.
Sungguh berbeza dengan apa yang ditunjukkan oleh Sultan Terengganu yang menjadi Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan yang berkenan menerima mengadap rakyat yang berhimpun untuk menyerahkan memorandum pada 10 November 2007 yang lalu sekalipun rakyat terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum sempat sampai ke pagar Istana Negara.
Baginda tiada di istana tetapi telah meminta pegawai Istana menerima rakyat sebagai tetami. Setidak-tidaknya baginda tidak menghalang rakyat untuk datang bertandang ke Istana yang pada waktu itu satu sejarah tercipta yang mendekatkan institusi Raja ke hati rakyat.
Di dalam sebuah negara demokrasi yang berperlembagaan, suara dan kuasa rakyat sepatutnya diterima dan dihormati.
DERHAKAKAH DATUK SERI NIZAR?
Raja Nazrin pernah bertitah begini:
Raja yang bersemayam di puncak struktur pemerintahan, merupakan lambang kuasa dan simbol perpaduan. Raja berperanan utama menguruskan rutin harian negara dengan dibantu oleh barisan pembesar negeri. Bahawa sistem kerajaan berteraskan Raja ketika itu lagi, tidak pernah bersifat mutlak dalam erti kata sebenar. Struktur pemerintahan begitu tersusun dengan lapisan pembahagian tugas dan perwakilan kuasa di antara Raja dengan pembesar negeri. Raja, setelah disembah maklumkan maklumat dari rakyat, mengamalkan sistem perundangan, bermesyuarah untuk memperoleh nasihat dan pandangan dari pembesar negeri. Sistem perundingan dan mesyuarah amat diutamakan, dijadikan amanat penting kepada pewaris takhta seperti yang terkandung dalam wasiat Sultan Alauddin Shah kepada anakanda Baginda Sultan Mahmud Syah:
Petikan:
"Hai anakku, ketahui olehmu bahawa dunia ini tiada akan kekal adanya... melainkan iman... Adapun peninggalku ini hendaklah anakku berbuat ibadat sangat-sangat, jangan anakku mengambil hak segala manusia dengan tiada sebenarnya, kerana segala hamba Allah semuanya terserah kepadamu. Jikalau kesukaran baginya hendaklah segera engkau tolong: jikalau teraniaya ia hen-daklah segera engkau periksa baik-baik supaya di akhirat jangan diberatkan Allah atasnya lehermu.... Syahadan hendaklah engkau muafakat dengan segala perdana menteri dan segala orang besar-besar, kerana raja-raja itu jikalau bagaimana se-kalipun bijaksananya dan tahunya sekalipun, jikalau tiada ia muafakat dengan segala pegawai tiada akan sentosa adanya, dan tiada akan dapat ia melakukan adilnya; rakyat itu umpama akar, raja itu umpama pohonnya; jikalau tiada akar nescaya tiada akan dapat berdiri. Adapun segala anak Melayu, jikalau bagaimana sekalipun besar dosanya jangan segera kau bunuh (dalam konteks ini - dititah meletakkan jawatan), melainkan yang patut pada hukum Allah. ....Jikalau kau bunuh ia dengan tiada dosanya, bahawa kerajaanmu binasa." (Petikan Sulalat-al-Salatin).
Rasanya telah terang benderang titah itu untuk menjawab segala tohmahan yang menuduh Datuk Seri Nizar sebagai penderhaka.
Lantas apa kini yang berlaku yang menyebabkan cadangan pilihanraya enggan diterima oleh pihak istana seperti yang dipersembahkan oleh "pembesar negeri" yang mewakili suara rakyatnya?
Titah Raja Nazrin lagi:
Islam juga telah membawa Raja Melayu kepada dua konsep murni, adil dan muafakat. Konsep adil dapat dibuat tafsiran lanjutan kepada perjanjian di antara Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba yang dijadikan 'magna carta' orang Melayu. Konsep keadilan politik Melayu dibayangkan oleh kata-kata 'Raja adil Raja disembah - Raja zalim Raja disanggah'. Konsep taat setia rakyat kepada Raja tidak bererti bahawa Raja boleh melakukan apa sahaja menurut sesuka hati. Konsep muafakat menekankan kepada semangat bermesyuarah.
Apabila umNO dilihat memperalatkan Istana dan kemudiannya pihak Istana akur serta tunduk kepadanya dalam masa yang sama mengenepikan rakyatnya, bukankah itu zalim namanya? Bukankah itu bererti 'magna carta' yang menjalinkan hubungan agar mesyuwarah itu dapat terlaksana diantara rakyat dan raja telah dicabuli?
Saya ingin mengambil kata-kata daripada Raja Nazrin juga,
"Sekiranya kita ingin memastikan kelangsungan institusi beraja dikekalkan, institusi beraja juga harus menerima gelombang arus perdana. Sekiranya tidak, ini akan membawa kesan yang lebih besar kepada institusi beraja di Malaysia."
Gelombang arus perdana dapat dilihat dari pilihanraya yang berlaku bermula dari pilihanraya umum yang terakhir (PRU12) kemudian rentetan pilihanraya-pihanraya kecil selepasnya. Arus yang mana kini yang sedang mendominasi gerakan rakyat?
Hanya kejujuran menjawabnya yang memisahkan kebenaran dengan kepalsuan.
Sumber dipetik drpd Kelab Greenboc
Saturday, February 7, 2009
Kemelut Politik Perak - Satu Sorotan Kembali
Posted by iqbalsaidi84 at 1:54 AM 0 comments
Friday, February 6, 2009
Perak oh perak!
Assalamualaikum n Salam maya...
Ni aku lampirkan perbincangan aku ngan rewarded_police2000 via YM perihal isu semasa di negeri Perak Darul Ridzuan.. (ke dah jadi darul rasuah ni?!)
If u guys wanna share ur thought.. u r most welcome!
Tp aku nak declare yg aku bukannye bijak sgt dlm hal2 perlembagaan n what so ever ni. Semua ni just because aku sayang negara aku sebab tu aku rase aku perlu amik tau pasal perkembangan negara aku.
Since pemimpin yg akan mencorakkan masa depan sesebuah organisasi apatah lagi negara.. Thats y aku sgt2 perlu ambik tau pasal bnde2 ni. Utk masa depan aku, n masa depan generasi2 mendatang selepas aku. Aku tau korg sumer tau yg kite akan di pertanggungjwabkan atas setiap tgkah laku kita.
====================================================================
rewarded_police2000 is not in your Messenger List
Use caution in corresponding with people you don't know and never share confidential or private information with them.
Report as Spam
rewarded_police2000: hai
iqbalsaidi84: yup
rewarded_police2000: status ni
rewarded_police2000: apa cita
rewarded_police2000: hehe
iqbalsaidi84: haha
iqbalsaidi84: kes Perak laa aper lagi
rewarded_police2000: so
rewarded_police2000: mcmn
iqbalsaidi84: mcm tu r..
iqbalsaidi84: mcm mn lg
iqbalsaidi84: haha
rewarded_police2000: so
rewarded_police2000: mb mana yg sah?
rewarded_police2000: aku suka dgr berita2 dari dua2 belah pihak ni
iqbalsaidi84: kalo ikut perlembagaan MB Nizar masih sah
iqbalsaidi84: selagi xde persidangan DUN
iqbalsaidi84: lgpun 3 ADUN tu ade kes mahkamah
iqbalsaidi84: status diorg masih terkapai2
rewarded_police2000: kan sultan dh titah
rewarded_police2000: mana boleh derhaka
iqbalsaidi84: ikut undang2 tubuh kerajaan negeri perak Sultan ade kuase melantik.. tp tidak melucutkan jawatan MB
rewarded_police2000: sultan punya kuasa kn lg tinggi
iqbalsaidi84: Sultan ade perlembagaan gak
iqbalsaidi84: same case kalo sultan membunuh...
iqbalsaidi84: Sultan still ke berdepan ngan undang2 gak
rewarded_police2000: eh
rewarded_police2000: yeke
rewarded_police2000: bukan lepas ke
iqbalsaidi84: itu ape yg aku faham r
rewarded_police2000: hmm
iqbalsaidi84: soal lepas x lepas.. itu dah kes lain...
iqbalsaidi84: tp ikut buku.. Sultan ttp kne berdepan ngan LAW
rewarded_police2000: sapa yg boleh lucutkn jwtn MB klu mcm tu
iqbalsaidi84: sidang DUN
iqbalsaidi84: masa tu buktikan ade majoriti
iqbalsaidi84: Cme ADUN yg boleh tolak MB diorg
iqbalsaidi84: Dlm sidang
iqbalsaidi84: kalo x bersidang.. tak sah
iqbalsaidi84: sbb tu masa kes DSAI nak wat 16 Sept tu DSAI panggil sidang khas Parlimen
rewarded_police2000: sultan kan dh amik kira pndgn adun smua
iqbalsaidi84: tp Paklah tolak
iqbalsaidi84: still
iqbalsaidi84: kne masuk sidang dewan
iqbalsaidi84: sebab kat luar hukum x jatuh
iqbalsaidi84: macam diorg nak gubal undang2
iqbalsaidi84: kalo same2 bincang n setuju kat luar pun...
iqbalsaidi84: tp sbb bukan kat dlm dewan
iqbalsaidi84: undang2 tu xkan di ambil kire
rewarded_police2000: so ko rasa apa akan jadi skang
iqbalsaidi84: walopun istana sultan
rewarded_police2000: dua2 pihak ckp MB diorg yg betul
iqbalsaidi84: erm
iqbalsaidi84: pada aku.. r
iqbalsaidi84: kne tggu keputusan mahkamah ttg 3 adun ni dlu
iqbalsaidi84: eh nop
iqbalsaidi84: kne panggil sidang dewan
rewarded_police2000: bila?
iqbalsaidi84: dlm tu buktikan
iqbalsaidi84: yg tu aku x pasti
iqbalsaidi84: tp kalo x silap aku
iqbalsaidi84: dewan tgh cuti lg ni
iqbalsaidi84: dlm 2 bulan kut
iqbalsaidi84: so
rewarded_police2000: cuti mendanya skang ni
iqbalsaidi84: lgkah paling bijak utk hentikan kacau bilau ni
iqbalsaidi84: Pilihan raya je
iqbalsaidi84: dewan r cuti
iqbalsaidi84: Dewan x bersidang utk bg can ahli2 dewan pergi buat kerja kat kawasan masing2
iqbalsaidi84: sbb tu dewan x bersidang
iqbalsaidi84: tp
iqbalsaidi84: kalo nak wat persidangan
iqbalsaidi84: aku pk
iqbalsaidi84: boleh jer panggil sidang khas
iqbalsaidi84: masalah nye
iqbalsaidi84: aku tau umn tau bnde ni
iqbalsaidi84: tp diorg sendiri xnak panggil sidang
iqbalsaidi84: y?
iqbalsaidi84: satu jwp rumors kat situ..
iqbalsaidi84: sbb ade ahli bn sendiri x setuju dlm hal tu
rewarded_police2000: hm
iqbalsaidi84: lg satu..
iqbalsaidi84: kalo diorg betul2 sah ade majoriti baru...
iqbalsaidi84: ko x nmpk ke.. perlantikan n semua ni.. mcm satu yg sgt tergesa2
iqbalsaidi84: mcm ade benda nak sorok je
rewarded_police2000: kan nk bg najib nmpk gah
iqbalsaidi84: theres something fishy there
rewarded_police2000: kemenangan moral
iqbalsaidi84: kalo betul nak bg naji tu nmpak gah... kasi menang Pilihan raya r
iqbalsaidi84: knp diorg takut utk pilihan raya
iqbalsaidi84: kalo betul diorg pk diorg ade undi majoriti
rewarded_police2000: kan alasan dia
iqbalsaidi84: n kalo diorg pk rakyat at their side
rewarded_police2000: klu dulu pkr kira majoriti mudah
rewarded_police2000: diorg pn kira majoriti mudah la gak
iqbalsaidi84: ermm
iqbalsaidi84: sebb tu panggil pilihanraya
iqbalsaidi84: tgk masih begitu ke
iqbalsaidi84: sbb diorg tople over ni perkara recent.. so amik kire r perkara recent
iqbalsaidi84: sokongan terbaru
rewarded_police2000: dh PR punya dh kuar 4 org
rewarded_police2000: mcm tula kiraan bn
rewarded_police2000: hehe
iqbalsaidi84: berani kerana benar beb
iqbalsaidi84: erm..
rewarded_police2000: bg diorg
rewarded_police2000: jnji masuk poket
iqbalsaidi84: haha
iqbalsaidi84: tu sumer org tau kan
rewarded_police2000: war2 kan berita pans
rewarded_police2000: bn menang di perak
rewarded_police2000: kejayaan tuh
rewarded_police2000: lantak a benar ke x
iqbalsaidi84: haha
rewarded_police2000: berani ke x
iqbalsaidi84: itu r masalah nye
iqbalsaidi84: now everyone knows naji true color
iqbalsaidi84: he will do anythg asalkn ape dia nak dia dapat
iqbalsaidi84: agak2nye
iqbalsaidi84: how will it b after this coming PAU
iqbalsaidi84: after march
rewarded_police2000: PAU = ?
rewarded_police2000: PRU?
rewarded_police2000: PRU mksd ko?
iqbalsaidi84: pau
iqbalsaidi84: perhimpunan agung umno
iqbalsaidi84: it wouldnt shock me much if masa tu nnt naji n his "geng" dpt full capacity
iqbalsaidi84: erm k r ek
iqbalsaidi84: aku ade hal ni
iqbalsaidi84: salam
Posted by iqbalsaidi84 at 11:52 AM 0 comments