Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Wednesday, March 4, 2009

Pesanan buat sahabat.. (juga buat diri ini..)

Assalamualaikum wbt dan Salam Maya buat para sahabat pelayar maya sekalian.

Di dalam menjalani kehidupan yg semakin hari semakin canggih ni, tidak dapat tidak, kita tidak dapat lari dari perkhabaran2 yg datang dari pelbagai jenis sumber. Ada yg datang umpama angin, ada pula yg datang bak ribut yg menggila. Sumber2nya pula, ada yg well establish, dan ada pulak yg bukan siapa2; sekadar marhaen cuma. Tapi ini tidaklah bermakna, yg besar sentiasa benar, manakala yg kecil itu boleh pula dikesampingkan.

Teringat dgn ".. sebesar rumah, bermula dgn sekecil bata..". Apapun, carilah ilmu dan perkhabaran2 itu. Namun tapislah, dn saringlah apa yg diterima itu, barangkali si "fasiq" sedang menjalankan "kerja2 jahat" mereka.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” [Al-Hujuraat: 6].

[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 1384].

WALLAh A'lam.

RESPECT.2.B.RESPECT.

0 comments: