Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Monday, February 9, 2009

Perjuangan Diteruskan...

BISMILLAH HIR RAHMAN NIR RAHIM...

Assalamualaikum wbt. & Salam maya buat semua.

Hari ini, bbrp perkhabaran sampai ke pengetahuan aku.

Yg pertama berkaitan dengan situasi terbaru di Perak. SubhanALLAH. Itulah yg pertama keluar dari mulut aku. ALLAH SWT mmg sentiasa punya perancangan terbaik.. Mmg benarlah

"Wamakaru, wamakarALLAH, wALLAHhu khairul makirin... "
"Dan kamu merancang, dan ALLAH merancang, dan ALLAH lah sebaik2 perancang (dan ALLAH jualah yg menentukan)"



Ini adalah berikutan ahli Parlimen Bukit Gantang, Haji Roslan Shaharum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.

Rujukan : Harakahdaily.net

Inna liLLAH hi wa inna ilaihi rojiun.

Semua sedia maklum betapa dlm perkembangan semasa ni menunjukkan betapa umNO begitu bersungguh2 tidak mahu berdepan dgn pilihanraya. Maka segala strategi yg bisa terpikir dek akal cetek mereka, mereka gunakan. Segala jentera yg mereka kuasai mereka kerahkan. Malahan pihak istana juga mereka libatkan. Huh... mereka fikir mereka berkuasa, maka mereka boleh buat apa sahaja. Ternyata mereka silap. Mereka terlupa, DIA tidak mereka kuasai. Malahan, DIA-lah yg menguasai mereka sebenarnya.

Dlm kesibukan mereka mengatur strategi dlm meneruskan strategi "GRAND DESIGN" mereka, Mereka dikejutkan dgn peristiwa ini. Dan dlm kita bersedih atas perginya seorang pejuang, kita tidak bersugul. Malah kita zahirkan sokongan dan dokongan kepada pimpinan dan keluarga ALLAHyarham dgn turun beramai-ramai utk mendoakan kesejahteraan roh ALLAHyarham disamping utk terus menzahirkan pendirian kita berhubung isu semasa di negeri Perak.

Buktinya, kalian sendiri saksikan gambar2 di sekitar pengkebumian ALLAHyarham sebentar td.













YAB Ir. Nizar, MB Perak yg SAH, Membacakan talkin buat sahabat seperjuangannya yg telah terlebih dahulu kembali kepada pencipta, ALLAH Rabbul Jalil.





Al-Fatihah!


===================================================================




Berita kedua yg mendapat perhatian aku adalah berkenaan Arumugam Vengatarakoo, ADUN Bukit Selambau letak jawatan Exco Kedah. Yg seterusnya diikuti dgn perletakan jawatan ADUN oleh beliau. Beliau dipercayai melakukan demikian akibat tekanan dan tuduhan yang diterima oleh beliau dan keluarganya yang dikaitkan dengan skandal moral.

Terbaru ketika artikel ini sedang dikarang diberitakan di Harakahdaily beliau telah diancam keselamatan, diugut & kereta disimbah cat.


Rujukan : Harakahdaily.net

Maka dgn ini, insyaALLAH akan berlangsunglah dua (2) Pilihan Raya Kecil, iaitu bagi kedua-dua kawasan tersebut. Dan selaku pendokong gelombang kebangkitan rakyat, apatah lagi pendokong gerakan ISLAM, maka insyaALLAH kudrat akan dikerahkan lagi. Ini semata-mata demi menegakkan ISLAM serta tak lupe memperjuangkan yg hak dan menolak serta menjatuhkan yg bathil. InsyaALLAH.. Kita akan berusaha lagi. Andai kata kemenangan memihak kepada kita, maka ALHAMDULILLAH. Jika tidak, juga ALHAMDULILLAH. Sungguh ALLAH punya perancanganNYA yg tersendiri. Namun kita akan terus dan terus berusaha.

Apapun, selaku pendokong gerakan jemaah ISLAM, amatlah besar tanggungjawab kita. Namun tanggungjawab kita, bukanlah semata-mata apabila berdepan dgn pilihanraya semata-mata. Perjuangan kita adalah bagi mendaulatkan ISLAM.


RESPECT.2.B.RESPECT.

0 comments: